Wednesday, 8 July 2009

Mengapa?

Saya merujuk kepada laporan Muslim states 'silent' on Uighurs dari Al-Jazeera English.

Benar. Tiada siapa yang berani bersuara. Kalau ada pon OIC itu pun dengan dengan statement yang tak keras. Kenapa?Yang kita dengar sekarang negara Islam bersuara hanyalah bila Palestin di bom. Bila umat Islam di negara lain ditindas, tak pulak nak bersuara. Agaknya kita ingat orang Islam ni ade kat Palestin je kot? Kat Pattani takde, kat Mindanao takde, kat East Turkestan(name sebenar untuk tempat orang Uighurs) takde, Rohingya takde? Adekah sebab orang Palestin orang Arab maka darjat diorng tinggi lagi? Atau adakah sebenarnya kita hanya bersuara bila kita rasa periuk nasi kita selamat? Kalau nak bersuara pasal Pattani, Thailand tu jiran kita. Filipina pon jiran jugak. Kalau nak bersuara pasal Uighur lagi la takot. China tu!!!Nanti mcamne plak ngan trade relations dengan diorng ye x?

Saya pernah bertanya kepada seorang aktivis Palestin(orang Malaysia) kenapa kita mcam tumpu sangat kat isu Palestin ni dan isu2 lain mcm tak diambil kisah sangat. Dia jawab sebab kalau selesai isu Palestin ni, isu2 lain akan terus selesai. Saya heran. Kalau la hak2 Muslimin jiran sebelah rumah(Pattani dan Mindanao) pon susah nak pertahankan,camne plak nak setelkan tempat yg jauh2?Saya faham Palestin ada Masjid Al-Aqsa,tapi itukah sebab yg valid untuk kita tutup sebelah mata terhadap nasib Muslimin di tempat lain?

Saya heran dengan double standard ni.

Tapi actually kalau kita tengok dalam banyak2 tempat Islam tertindas ni(Palestin,Patani,Mindanao,Uighur,Rohingya dll), orang Arab la adalah bangsa yang paling terer dalam propaganda2 ni. Mungkin ini salah satu sebab saudara2 kita yg kurang propaganda savvy ni agak diabaikan.

Dan dalam Arab ada konsep dalla3,kalau nak terjemahkan adalah macam mengada2 tak tahan saket kene sikit dah menangis. Ada sorang budak tu nak bone marrow aspiration 10 orang kene pegang die supaya x bergerak haha.Bak kata doc saya kat hospital, orang Arab ni mmg terkenal dgn dalla3, manakala orang2 belah Asia ni die nye pain threshold tinggi lagi. Maka mereka tak kuat sangat mengadu. Mungkin inilah lagi satu sebab.

Disini saya ada sertakan satu link sedikit pengenalan tentang masalah Uighur ni. Lepas tu sila baca lebih lanjut dan search lagi maklumat kat internet. Jangan asek nak tengok laman web hiburan dan baca anime je.

Salamat.

p/s Jangan lupa juga Chechnya dan lain2 tempat. Dan Al-Fatihah kepada Marwa Al-Sherbini, wanita Mesir yang pregnant yang meninggal dunia akibat ditikam 18 kali dalam mahkamah di German. Berita lanjut disini

4 comments:

madtaq said...

setuju sgt dgn acap..

tapi kan.. kalu isu palestin pun die xamik kesah, isu2 umat islam tempat lain.. lagilah..

aku sedih.. sedih dgn ape yg berlaku dgn sedare2 kite yg ditindas.. sedih jugak dgn umat islam yg ade mate tp xnampak, ade telinge tp xdgr, ade mulut tp bisu, ade otak tp beku..

Abdulla said...

betol tu mataq..

kalau die amek tau pasal palestin je pon dah cukup baguslah daripada tak ambil tahu langsung apa2

harap2 kesedaran umat islam dalam perkara ni akan diperluaskan lagi

Diana Ibrahim said...

i like this entry. good job!

muslims in darfur must not be forgotten, too.

btw, ni ida

Anonymous said...

sebab mmg palestin ada kelebihan, masjidil aqsa msjid ketiga dlm Islam.