Saturday, 18 July 2009

Kunci pintu - a short film

Presenting "Kunci Pintu", a short film made for PERMAI




Director/Screenplay/Cameraman/Editing : Abdullah Ashraf

Actors : Halfi, Ejard

Also contributed : Afiq, Mando, Hazim

Abu Malik Production

Thursday, 9 July 2009

PPSMI lagi

Dah pukol 5.00 am tapi aku tak tidur lagi gara2 surf internet membanci pandangan masyarakat terhadap keputusan kerajaan nak revert balik PPSMI.

Dalam banyak2 komen dan pendapat ada satu komen ni yang ditulis oleh seorang pembaca kat blog Tun Mahathir yang menarik minat saya(sebenarnya banyak lagi tp malas nak copy paste hehe), and I quote :

"..............SERIBU MALANG

Malang di negara ini, kita semua kena beratur belakang orang terlembab!! Orang tak mampu, tak larat belajar bahasa lain penentu kandungan pembelajaran kita. The blind leading the blind!!"

Dan lagi satu :

"The excuse that rural students will lack behind urban ones does not hold water and is the dumbest statekent yet. What country leader represses its own citizens from progressing by lowering the standards for others to catch up? Wouldn't it be wiser to put extra effort into the rural schools to help them instead of retarding the urban ones"

Fikir-fikirkanlah.

Tapi saya musykil ada tak poll dibuat untuk tengok pandangan rakyat Malaysia khususnya ibubapa terhadap PPSMI ni?Setakat ni aku jumpa yang dekat blog Tun Mahathir, dan setakat ni 77% bantah pemansuhan PPSMI dan 23% sokong dari total 19606 voters. Tapi maybe poll tu bias sebab kat blog Tun M, so kalau ada dari sumber lain I would love to know.

Ooops and terjumpa plak poll kat forum Low Yat, dan soalannya berbunyi "PPSMI poll. English in math n science, Serious woo n no racist please (Serious Talk)" hehe. Poll ni ditujukan kepada student2 yang melalui PPSMI.

Keputusan : (disebabkan isu ini mainly orang Melayu yang bising so saya pastekan result untuk kategori Malay)

Yes 88%[22 voters], No 12%[3 voters]

But then again ni forum Low Yat so mungkin budak2 yang frequent forum ni adalah penduduk KL so bias la kot. Dan bilangan sample yang kecil menjadikan poll ini tidak representative. Tapi nak letak gak haha.

So any other polls?

Majulah Malaysia.

Salamat.

Wednesday, 8 July 2009

Mengapa?

Saya merujuk kepada laporan Muslim states 'silent' on Uighurs dari Al-Jazeera English.

Benar. Tiada siapa yang berani bersuara. Kalau ada pon OIC itu pun dengan dengan statement yang tak keras. Kenapa?Yang kita dengar sekarang negara Islam bersuara hanyalah bila Palestin di bom. Bila umat Islam di negara lain ditindas, tak pulak nak bersuara. Agaknya kita ingat orang Islam ni ade kat Palestin je kot? Kat Pattani takde, kat Mindanao takde, kat East Turkestan(name sebenar untuk tempat orang Uighurs) takde, Rohingya takde? Adekah sebab orang Palestin orang Arab maka darjat diorng tinggi lagi? Atau adakah sebenarnya kita hanya bersuara bila kita rasa periuk nasi kita selamat? Kalau nak bersuara pasal Pattani, Thailand tu jiran kita. Filipina pon jiran jugak. Kalau nak bersuara pasal Uighur lagi la takot. China tu!!!Nanti mcamne plak ngan trade relations dengan diorng ye x?

Saya pernah bertanya kepada seorang aktivis Palestin(orang Malaysia) kenapa kita mcam tumpu sangat kat isu Palestin ni dan isu2 lain mcm tak diambil kisah sangat. Dia jawab sebab kalau selesai isu Palestin ni, isu2 lain akan terus selesai. Saya heran. Kalau la hak2 Muslimin jiran sebelah rumah(Pattani dan Mindanao) pon susah nak pertahankan,camne plak nak setelkan tempat yg jauh2?Saya faham Palestin ada Masjid Al-Aqsa,tapi itukah sebab yg valid untuk kita tutup sebelah mata terhadap nasib Muslimin di tempat lain?

Saya heran dengan double standard ni.

Tapi actually kalau kita tengok dalam banyak2 tempat Islam tertindas ni(Palestin,Patani,Mindanao,Uighur,Rohingya dll), orang Arab la adalah bangsa yang paling terer dalam propaganda2 ni. Mungkin ini salah satu sebab saudara2 kita yg kurang propaganda savvy ni agak diabaikan.

Dan dalam Arab ada konsep dalla3,kalau nak terjemahkan adalah macam mengada2 tak tahan saket kene sikit dah menangis. Ada sorang budak tu nak bone marrow aspiration 10 orang kene pegang die supaya x bergerak haha.Bak kata doc saya kat hospital, orang Arab ni mmg terkenal dgn dalla3, manakala orang2 belah Asia ni die nye pain threshold tinggi lagi. Maka mereka tak kuat sangat mengadu. Mungkin inilah lagi satu sebab.

Disini saya ada sertakan satu link sedikit pengenalan tentang masalah Uighur ni. Lepas tu sila baca lebih lanjut dan search lagi maklumat kat internet. Jangan asek nak tengok laman web hiburan dan baca anime je.

Salamat.

p/s Jangan lupa juga Chechnya dan lain2 tempat. Dan Al-Fatihah kepada Marwa Al-Sherbini, wanita Mesir yang pregnant yang meninggal dunia akibat ditikam 18 kali dalam mahkamah di German. Berita lanjut disini