Saturday, 25 April 2009

Utusan

Selamat petang.

Aku tengah boring2 ni, maka aku decide nak kantoikan sket Utusan Malaysia.

Kalau baca paper ari ni ade artikel yang berbunyi:

Dua pelajar MRSM harumkan nama negara di Texas

Biar aku quote sket :
"KUALA LUMPUR 24 April - Dua pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka berjaya mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat perak pada pertandingan International Sustainable World Project Olympiad (I-Sweeep) 2009 di Houston, Texas, Amerika Syarikat (AS) minggu lalu.

.....

Mereka muncul sebagai pemenang kedua selepas ditewaskan pelajar dari China, Gong Zhang Xiaowan yang mencipta sistem mengawal kelajuan kenderaan berkuasa tinggi.

.....

Selain Madihah dan Insyiirah, lapan lagi pelajar MRSM Melaka dan Taiping turut mengharumkan nama negara dengan ciptaan masing-masing."

Tahniah diucapkan kepada rakan2 yang berjaya dalam pertandingan itu.

Sila baca artikel penuh untuk maklumat lanjut.

So lepas baca aku,atas sebab2 tertentu, terus suspicious dengan ketepatan berita ini. Aku search kat internet pasal I-Sweeep ni dan jumpe senarai pemenang bagi tahun ini(klik disini).

It turns out that bukan Madihah(bukan Nik Madihah yang nak datang Jordan tu ye) dan Insyiirah sahaja yang dapat pingat perak, walhal ada 15 lagi pasukan yang dapat, termasuk lah lagi 2 pasukan dari Malaysia.

Dan mereka bukan hanya dikalahkan oleh China, tapi oleh 9 lagi pasukan yang turut mendapat pingat emas.

Dan pertandingan tu ada banyak kategori, mereka menang dalam kategori Senior Engineering.

Gamba Hiasan tiada kene mengena.Ini adalah di Ataturk Park, Adana, Turkiye

Tujuan saya post ni bukan untuk mengecil2kan pencapaian rakan2 kita, tapi sebenarnya hendak mempersoalkan reporting Utusan ini yang hanya memilih cebisan2 berita sahaja untuk dilaporkan.Mengapa lagi 2 pasukan Malaysia yang juga dapat pingat perak tidak disebut nama mereka?Jika dalam hal sebegini pon mereka tidak telus dalam reporting, bayangkan sahaja apa jenis putar belit yang mereka mampu lakukan dalam isu-isu yang lebih berat.

Kita takkan jadi benar2 hebat jika sentiasa dibawah ilusi bahawa kita telah hebat(betol ke ayat ni harap korang paham la maksud die haha)

Sekali lagi tahniah kepada semua pasukan Malaysia yang berjaya dalam pertandingan tersebut.

Salamat.

2 comments:

Puteri Nad =) said...

hahaaha
tu lah dalam artikel suratkabar tu..mcm negara kita hanya kalah kpd china jer..org2 kampung pasti berbangga..

ni lah dia bukti selective journalism yg berleluasa di malaysia..but hey,this kind of things sell!

h a r i z, H said...

aiyyoo, memang spesis wartawan malas kerja. tahik betulla.

lg satu aku rasa, benda ni berlaku, sebab tak ada sifat rasa nak cari kebenaran dan menyampaikan kebenaran dalam msyrkt kita ni. so, bdak2 yg macam tak berapa nak lepas spm tak tau nak kerja ape, jd wartawan, pastu, buat perangai selekeh camtu.

padahal benda ni senang je nak buat. pfft!