Wednesday, 18 February 2009

Of Pattani and Palestine


Right now I am trying to keep my eyes open so that I can finish reading Nelson. But I couldnt. So I have decided to write some of the things that have been in my mind lately.

Last week, there was a conference held in Irbid which involved delegates of Malaysian students studying in the various Arab countries. They call it PERTAMA. So this conference was supposed to be about how the 'mahasiswa' can be more mature, more proactive and aware of the issues happening around the world. You guys can read more about it from the website itself.

So pada hari kedua, ada satu kejadian yang berlaku yang menarik minat saya. PERTAMA ini diadakan di dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk, dan ianya dibawah penyeliaan pegawai-pegawai universiti itu. Pada masa rehat tenghari, para mahasiswa telah set-up booth-booth untuk me
njual pelbagai barangan antaranya barang-barang dari Palestin(ini adalah perkara biasa memandagkan semangat orang Melayu terhadap isu ini). Apabila pihak universitesi dapat tahu bahawa mereka menjual barang-barang Palestin(walaupon hanya souvenir bukanlah poster Hamas atau lain2), mereka telah mengarahkan supaya dewan ditutup dan PERTAMA dibatalkan untuk hari itu.(Alhamdulillah pihak penganjur berjaya menjalankan juga program di tempat lain hasil kebijaksanaan mereka).

Reaksi dari pelajar kita sudah tentulah "Hey terok betol la arab ni!", "Sengal la arab ni", "Tak gune nye arab!" dan lain2 lagi yg sewaktu denganya. Di sini saya ingin mengetengahkan beberapa points untuk kita sama2 fikirkan.

Pertama, sejauh manakan kita faham tentang politik dalam
an Jordan?Kita mendakwa hendak membahaskan isu-isu internasional, tetapi apakah tahap pemahaman kita terhadap isu-isu tempatan?Adakah suara rakyat sama dengan suara kerajaan?Isu Palestin di negara ini adalah amat sensitif. Tahu sejarah perang 48?Perang 67?Black September?Tahu tak Syria pernah nak cuba menyerang Jordan ketika Jordan dan PLO sedang bertempur di Amman?Dan kita harus faham bukan semua orang melihat isu ini dari kaca mata Islamik. Ada yang melihat isu ini sebagai isu Nasionalistik Arab, dimana campur tangan orang luar tidak dialu-alukan. Lihat sahaja reaksi Liga Arab terhadap kritikan PM Turkiye Erdogan dalam isu Gaza. Lagi-lagi isu ini adalah isu panas(baru sahaja berlaku).Kerajaan Jordan dah cukup ditekan oleh rakyat mereka, will they appreciate us(foreigners) meddling in their internal affairs?Ada diantara kita yang kata inilah masanya untuk kita berjuang untuk Palestin(yakni defy kerajaan Jordan), I say to them, they(kerajaan Jordan) will not give a d*mn to what we say or do. On the contrary, they could easily tell us to pack our bags and take the flight home. To my brothers, I say, pick your battle carefully, and be patient, kerana this is not our playing field *yet*, dan masa yang betol akan tiba ensyalla. Our mission here is to complete our studies, and a good soldier will always try to complete his mission, even if it means he has to go stealth atau elak dari bertemu musuh.

Jadi how come kita agak ignorant tentang keadaan dalaman Jordan?Maybe ada beberapa sebab, tetapi yang utama adalah saya rasa sikap kita kurang ambil tahu dan kurang minat. Ini berpunca dari sikap kita yang kurang bergaul dengan masyarakat setempat, which in turn adalah hasil sikap kita yang suka duduk sesama kelompok Melayu kita in our own comfort zone. Maka demi kebaikan kita haruslah kita lebih aktif ye rakan-rakan. Seperti motto negara Turkiye, Yurtta Sulh, Cihanda Sulh yang bermaksud 'Peace at home, peace in the world', memahami keadaan setempat adalah langkah pertama dalam usaha kita untuk membawa perubahan kepada dunia.

Kedua, kita mengkritik kerajaan Jordan kerana tidah bertindak untuk saudara kita di Palestin. Tetapi sudah lupakah kita dengan apa yang berlaku dengan saudara2 kita di Pattani(dan juga masyarakat Islam lain yang tertindas di Asia)? Kalau nak ikutkan,bukankah tanggungjawab kita untuk membantu mereka adalah lebih besar dari tanggungjawab kita terhadap orang2 Palestin kerana meraka adalah jiran kita. Tapi kenapa kita tidak begitu bersemangat bila membincangkan hal Pattani?Tiada demonstrasi jalanan, tiada ceramah-ceramah, tiada rancangan untuk membebaskan mereka?Are they less Muslim from the Palestinians? Apa kerajaan Malaysia telah lakukan untuk membantu rakyat Pattani(tindakan yang significant)?Ada orang cakap ini isu politik,sebab tu tak boleh nak buat ape. Gotcha!Maka samalah juga kita dengan Jordan ni ye kawan-kawan.

Harap apa yang saya tulis ini dapat memberi sedikit sebanyak manfaat. Bukan niat untuk menyalahkan sesiapa, just a few points for us to ponder upon. Kalau salah sila betolkan. Salamat.



3 comments:

Anonymous said...

Good food for thought. Should also include the plights faced by the Rohingyas.

Anonymous said...

PADU long! orang kite sume nak kekal dlm zon selesa. harap tambah lagi post2 sebegini.

regards,
angah ultrAslan

Anonymous said...

Maju!Maju!
Let's take Pattani from the Thais!
hehehe..
artikel memang menarik.
buat byk2 lagi